Saturday, June 15, 2013

Sambung Kemas 5 (Cuci-cuci)

Sambung kemas bahagian dapur balik, mesti kasik running sebelum kitorang pindah masuk.
Kalau tak macam mana aku nak masak?! Takde mood nak masak!

Oleh kerana kelembapan kitorang mengecat, makanya kabinet dapur ni tak jadi putih semuanya....
Kabinet tengah & yang penjuru tu terpaksa la aku abaikan. takde masa lagi dah ni.
Masa yang ada sekarang ni, aku manfaatkan untuk cuci bersih kasi sabun gosok-gosok kaunter tu semua.
Lega betul kaunter kabinet tu mau jugak cerah balik, curah cloroc settle sumer.


Situasi lantai dan ceruk-ceruk lain masih lagi ditahap membimbangkan.
Tapi kudrat yang ada tak mampu nak kemaskan semua.

 
Stove ni memang tangkap nangis lah. Rupa dia memang cenggini sekarang dan sebelum-sebelum ni pon.
perlu dilapikkan dengan plywood. sebabnya, dia tak muat lubang pada kaunter.
Ini stove rumah ni yang kedua. yang first punyer yang fixed in dengan kaunter dah jahanam.
 Bila beli pulak stove Rubine nih, aku bijak pandai cakap kat mak aku, semua stove saiz sama, maka mak aku pon taram beli jer lah yang ni, alih-alih tak muat lubang. Kena marah.
Abang aku amik plywood buat alas. mak aku amik aluminium buat alas tengah.
Buruk!!!


 Petang ni buat appointment dengan plumber utk tukar kepala paip.
Plumber ni abg aku bg, dia penah repair paip rumah sewa abg aku bebaru ni.
Lebih pukul 3 petang, 2 org yang datang. aku tunjuk la paip kat luar yang nak tukar tu.
Buang sekali paip hitam lama yg dah bocor sekian lama.
 Pastu tetiba aku macam gatai mulut pulak tanya pasal paip sinki.
Aku nak tukar balik paip sinki yang buruk dgn pvc biru yang terjojol atas sinki (takde gambar plak)
aku nak dia buat balik jadi macam asal. Aku selamba bgtau bajet aku 150. Dia fikir-fikir pastu datang kat aku balik cakap 170 tuk semua sekali.
Oklah, bajet yang mak bg ada lagi dalam bank, kena lah pegi cucuk balik kat atm 20 lagi.

 Gambar sebelum takde, ni gambar selepas dibaiki.
Ni paip lama, tapi dah disambung balik ke dinding, tak macam sebelum ni ada paip pvc terkeluar.
Tak cukup duit punyer pasal, kena lah pakai balik paip lama.
Ini pon boleh lah, janji lain dari dulu.

Seterusnya projek aku untuk mensucikan kaunter sinki.
Aku tampal puttyfilla baru kat celah-celah tiles.
Yang lama dah kuning & hitam.
Lepas tampal puttyfilla sumer nampak seperti baru. Yeay!

No comments:

Post a Comment