Thursday, July 25, 2013

Buffet Cabinet Mak Aku

Sukasuki aku lah nak panggil buffet cabinet.
Tp selama-lama ni kabinet ni buat letak tv.
Seingat aku lah, kabinet ni mungkin sejak aku darjah 1 atau 2 kot.
Kalau betul, bermakna kabinet nih dah lebih 20tahun?!?!?!?!

 Harta karun dalam kabinet ni sangat banyak.
Memandangkan mak aku seorang hoarder, semua pon simpan.....
Masa amik gambar ni, aku dah half way kemas, baru teringat nak amik gambar.
tu yang nampak sebelah kiri dah kosong.

Mak simpan banyak perhiasan. dari zaman berzaman.
Ni ade pokok keladi yg dibuat dari wayar. Mana nak ada dah sekarang?!
Maybe mak buat sendiri, dia suka kraftangan.

Ni lagi harta karun. Ni hobi mak masa lepas pencen.
Ade duit beli buah2 plastik dengan roti plastik buat perhiasan.
Yang tinggal ni pon hanya yang dah diselamatkan, sebab dah banyak aku buang mana yang dah kena kekah dek tikus tu, sumer aku dah campak.

Zahraa yang suka "membantu" emak nyer mengemas.

Amik masa 2 hari gak la nak clearkan sumer harta karun tu.

 Ni proses aku nak alih kabinet.
MEmandangkan masa ni laki aku dalam mode tak boleh diharap, maka aku buat sendiri.
Aku kan perempuan. semua boleh bikin sendiri.

Kebetulan sangat-sangat terjumpa batang besi ni bersandar belakang pintu.
Besi ni dulu batang mobile hanger mak yang dah jahanam dulu, dia simpan, inilah gunanya dikemudian hari.
Berat memanglah berat menatang kabinet nih. Slow-slow lah aku angkat, slide kan besi ni satu persatu.
Jenuh kejap-kejap ke kiri ke kanan aku. Tapi senang dengan besi ni meluncur jer lah kabinet ni peginyer.


Alih dalam jarak 3-4meter dari tempat lama.
Aku nak tukar fungsinyer supaya betul-betul jadi buffet kabinet. Tempat tuk hidang buffet.
Konon-konon ada tetamu datang, amik lauk-pauk kat cabinet ni baru lah pegi duduk kat meja makan.
so, takdelah penuh sangat meja makan nanti. Kononnyer la. Ntah sape nak datang pon?!

Akhirnya, aku sangat-sangat berpuas hati dengan lokasi nya ni.
Nanti dalam tu aku nak taruh gelas cawan sudu garpu pinggan mangkuk yang seswai tuk meraikan tetamu.
No more harta karun tak guna tu sumer!

Monday, July 8, 2013

My Mom is a Hoarder 1

Perkara utama bagi aku untuk aku bersihkan ialah kabinet 'bancuh air'.

Seperti bukti yang telah dirakamkan, mak aku seorang plasticwares hoarder.
segala macam jenis & bentuk bekas plastik ada.
bekas aiskrim sumer simpan.
bekas plastik makanan dibeli kat pasar pon simpan.
bekas kuih raya simpan.
Polisterin simpan.

Bukan tak ada bekas plastik yg elok yg beli mahal tu....ada.....pon simpan.
Banyak penutup yang dah kene kekah tikus & lipas.
Jangan harap aku nak simpan.

Sebelum
 Yang belah atas kabinet pon....nauzubillah aku ngemasnyer.
 Selepas
Ok dah kemas. Hanya tinggal yang penting sahaja. Yang berguna sahaja.

Pemandangan yang murni dan tak menyakitkan mata.
Peralatan basic tuk bancuh air & susu zahraa.
Cukup.