Thursday, May 23, 2013

Mengecat (3) (4)

Kerja-kerja sambung mengecat kali yg ke-3, aku buat sekejap jer.
sebab sampai pun hari dah petang, pastu cat utk satu layer jer.
Kali yang ke-3 kitorang cat tgh bulan, kali ke-4 ujung bulan.
Yang dulu lupe nak amik gambar sebab nak cepat, gambar nih setakat yang semalam punyer.
 Puas hati jugak lah, nampak terang sket dapur dgn warna putih nih.
Nampak luas sket.
 Cabinet nih masih 1 layer cat jer.
Ada masalah dengan paip bocor kat stor belakang. kalau bukak kunci paip utama,
air memancut keluar sampai bertakung dalam stor tu.
Aku tensen. sebab dalam setor tu banyak sgt 'harta karun'.
Tengok ajer pon dah sakit hati. Sakit mata dah tentu sekali. So untuk elakkan air keluar,
kitorang tak bukak kunci air, maknanya jamban pon takde air, nak kencing pon susah.
Tu lah dianya sebab kitorang mengecat sekejap-sekejap jer.
 Petang smlm kitorg 'beriadah' kat luar. Laki aku vacuum keta dia,
lepas tu rajin plak kitorg ni kemas2 laman umah.
Zahra plak sonok dia tengok pokok-pokok, kalau duduk apartmen mana nak merasa ada taman kat umah.
 Huhu taman la sangat, tengok kat belakang tu...sumer pokok da mati.
huang huang huang kesian.

Wednesday, May 1, 2013

Mengecat (2)

Semalam, kitorang sambung cat lagi. Sedih betul dengan kelembapan diri sendiri.
Ni pon start lambat jugak. dah tengahari baru mula mengecat.
Sampai ke petang, baru aku & laki aku baru dapat cat 2 pintu masing2.
Bila dah petang, dah penat. Aku tukar fikiran, aku dah malas nak 'sanding'.
Macam melambatkan jer aku dok 'sanding' selama ni. Dah la letih mengecat nak kena taruh 2 lapis.
Lengan & ketiak dah lenguh tolak tarik berus cat. Untuk semalam, dapat la siapkan 6 pintu jer.


Kalau tengok kat gambar bawah ni, pintu sebelah kanan tu yang laki aku cat bulan lepas.
Yang sebelah kiri, aku baru cat semalam. Warna cat yang dulu dah jadi warna lain!
JAdi warna kekuningan sikit, tak putih macam baru cat. Heran jugak tak taulah kenapa.
Agak mencacatkan sikit lah. Tapi nak kecewa pon dah tak guna. Buat2 tak perasan sudah lah.


Aku geram betul dengan laki aku, sebab dia cat buruk sangat.
Macam dalam gambar kanan bawah ni, dialah yang cat, boleh nampak, permukaan dia tak licin, bergaris-garis, cat meleleh-leleh. Puas aku kutuk dia takde skill mengecat. 
Tengok yang sebelah kiri, aku yang cat, licin, smooth, nice, perfecto!! 
Laki aku duk bagi alasan, kata aku duk guna berus baru, berus mahal, tu yang jadi cantik.
Apa-apa alasan sekalipon aku tak terima! 2 pintu dah cacat kerana dia.
Aku dah 'fired' dia semalam. muahahaha!