Monday, July 8, 2013

My Mom is a Hoarder 1

Perkara utama bagi aku untuk aku bersihkan ialah kabinet 'bancuh air'.

Seperti bukti yang telah dirakamkan, mak aku seorang plasticwares hoarder.
segala macam jenis & bentuk bekas plastik ada.
bekas aiskrim sumer simpan.
bekas plastik makanan dibeli kat pasar pon simpan.
bekas kuih raya simpan.
Polisterin simpan.

Bukan tak ada bekas plastik yg elok yg beli mahal tu....ada.....pon simpan.
Banyak penutup yang dah kene kekah tikus & lipas.
Jangan harap aku nak simpan.

Sebelum
 Yang belah atas kabinet pon....nauzubillah aku ngemasnyer.
 Selepas
Ok dah kemas. Hanya tinggal yang penting sahaja. Yang berguna sahaja.

Pemandangan yang murni dan tak menyakitkan mata.
Peralatan basic tuk bancuh air & susu zahraa.
Cukup.

No comments:

Post a Comment