Wednesday, May 1, 2013

Mengecat (2)

Semalam, kitorang sambung cat lagi. Sedih betul dengan kelembapan diri sendiri.
Ni pon start lambat jugak. dah tengahari baru mula mengecat.
Sampai ke petang, baru aku & laki aku baru dapat cat 2 pintu masing2.
Bila dah petang, dah penat. Aku tukar fikiran, aku dah malas nak 'sanding'.
Macam melambatkan jer aku dok 'sanding' selama ni. Dah la letih mengecat nak kena taruh 2 lapis.
Lengan & ketiak dah lenguh tolak tarik berus cat. Untuk semalam, dapat la siapkan 6 pintu jer.


Kalau tengok kat gambar bawah ni, pintu sebelah kanan tu yang laki aku cat bulan lepas.
Yang sebelah kiri, aku baru cat semalam. Warna cat yang dulu dah jadi warna lain!
JAdi warna kekuningan sikit, tak putih macam baru cat. Heran jugak tak taulah kenapa.
Agak mencacatkan sikit lah. Tapi nak kecewa pon dah tak guna. Buat2 tak perasan sudah lah.


Aku geram betul dengan laki aku, sebab dia cat buruk sangat.
Macam dalam gambar kanan bawah ni, dialah yang cat, boleh nampak, permukaan dia tak licin, bergaris-garis, cat meleleh-leleh. Puas aku kutuk dia takde skill mengecat. 
Tengok yang sebelah kiri, aku yang cat, licin, smooth, nice, perfecto!! 
Laki aku duk bagi alasan, kata aku duk guna berus baru, berus mahal, tu yang jadi cantik.
Apa-apa alasan sekalipon aku tak terima! 2 pintu dah cacat kerana dia.
Aku dah 'fired' dia semalam. muahahaha!

No comments:

Post a Comment