Wednesday, June 26, 2013

Labu Besor

Aku tak pernah tengok labu besar mcm ni sebelum nih.
Kalau jual kat kedai mesti dah siap potong.
 Yang nih abg aku bawak dr Perak. Dia datang rumah pusaka ni kemarin, so dia tinggalkan atas meja.
Labu ni dia tanam sendiri kat depan rumah dia.
Aku ni tak pernah masak labu, masssak la aku nak mengabihkan nyer!

Monday, June 24, 2013

Pindah masuk rumah pusaka

Kitorang pindah hari Isnin 24hb. Sengaja pilih hari kerja supaya jalan tak jem.
Nak angkat barang turun dr rumah apartment pun senang, lif tak ramai org guna.
Hari ni jerebu dengan ipu level paling tinggi. Panas tak hingat.

 Kitorg tak ambik gambar keluarkan barang sebab masa tu tengah kalut.
Dan-dan orang lori sampai nak punggah barang, time tu la zara nak tido.
Aku kena gendong dia sambil kemas-kemas barang lagi.
Ambik masa dalam sejam lebih gak la kluarkan barang, bawak turun dr tingkat 14 masuk dalam lori lagi.
Rupanya aku sewa lori 2 tan. Sendat habih lori tu. Orang lori kena susun-susun sampai ke bumbung lori.
Siap tolong pangku monitor & printer kitorang lagi.

 Dah sampai bangi, takde masalah dah. sebab last week kitorang dah kemas bagi ada ruang tuk letak
barang. So, turun jer dari lori, terus longgok-longgok jer.
Longgok kat ruang tangga, ruang tamu depan.

Sewa lori RM200. Ambik 2 orang tolong angkat barang RM50 sorang. Jadi total sewa RM300.
Kitorang simpan siap-siap duit dr deposit rumah sewa. Abang yang bawak lori tu ok la dalam 40an gayanya.
Yang 2 orang lagi tu sorang dah tua (memula tengok, bolehker angkat barang org tua nih)
yang sorang lagi tu OKU. Pekak & bisu. Tapi kuat giler, pikul peti ais sorang-sorang.

 Takde apa-apa masalah dengan diorang ni. Aku pon tak demand sangat sbb dah letih.
Diorang pon takde demand or komplen apa-apa. Angkat jer terus-menerus.

Peti ais kitorang dah bungkus cantik. Macam baru beli dari kedai. Hehe.
Taruh jer dulu kat situ, ruang dia kat belakang dinding tu penuh dengan pinggan mangkuk tak alih lagi.

Laki aku pegi beli nasik sementara diorang habis punggah barang. 
Jam dah pukul 1-2ptg. perut dah lapar giler, breakfast minum nescafe pon tak habis.
Zahraa pon nak kena suap nasik jugak. 
Lepas dah settle barang, bayar duit kat orang lori, terus makan.
Kitorang laki bini dah tak larat ape dah, macam nak pengsan.
ZZZZzzzzzz................

Sunday, June 23, 2013

Pindah dari Bandar Baru Ampang

 Dah sebulan dah aku mengemas, tapi tak siap-siap kemas jugak.
Esok dah nak pindah. Lori dah booking.
Laki aku keje, baru hari ni ade cuti. Maknanya baru hari ni lah dia tolong kemas.

Semua barang-barang dalam kotak semua aku sendiri yang kemas.
Ini first time aku pindah rumah sebagai berkeluarga. sebelum ni pindah randah sebagai bujang takdelah teruk sangat. Kali ni dengan barang laki & anak lagi, Pengsan!



Zahraa memang suka temankan aku mengemas.
Setiap kali aku kemas, dia tolong sepahkan, aku kena kemas lagi sekali.

Sofa dah siap bungkus. Dikerjakan kami laki bini. 
Ingatkan senang balut sofa mcm ni, rupanya seksa jugak.
Tapi cara ni the best sebab sofa tak kan kotor & kusyen takde possibility tuk hilang.

Dah la sekarang ni musim jerebu tengah kuat. Cuaca panas, takde hujan.
Kitorang dalam rumah buat kerja dah berpeluh-peluh busuk kaw-kaw.
Jerebu kat luar putih melepak, tak nampak pemandangan langsung.
Risau jugak takut kalau zara sakit sok ni sebab pindah rumah nih.
Esok pukul 10pagi lori sampai, so kenalah bangun awal. adehhh!

Saturday, June 15, 2013

Sambung Kemas 5 (Cuci-cuci)

Sambung kemas bahagian dapur balik, mesti kasik running sebelum kitorang pindah masuk.
Kalau tak macam mana aku nak masak?! Takde mood nak masak!

Oleh kerana kelembapan kitorang mengecat, makanya kabinet dapur ni tak jadi putih semuanya....
Kabinet tengah & yang penjuru tu terpaksa la aku abaikan. takde masa lagi dah ni.
Masa yang ada sekarang ni, aku manfaatkan untuk cuci bersih kasi sabun gosok-gosok kaunter tu semua.
Lega betul kaunter kabinet tu mau jugak cerah balik, curah cloroc settle sumer.


Situasi lantai dan ceruk-ceruk lain masih lagi ditahap membimbangkan.
Tapi kudrat yang ada tak mampu nak kemaskan semua.

 
Stove ni memang tangkap nangis lah. Rupa dia memang cenggini sekarang dan sebelum-sebelum ni pon.
perlu dilapikkan dengan plywood. sebabnya, dia tak muat lubang pada kaunter.
Ini stove rumah ni yang kedua. yang first punyer yang fixed in dengan kaunter dah jahanam.
 Bila beli pulak stove Rubine nih, aku bijak pandai cakap kat mak aku, semua stove saiz sama, maka mak aku pon taram beli jer lah yang ni, alih-alih tak muat lubang. Kena marah.
Abang aku amik plywood buat alas. mak aku amik aluminium buat alas tengah.
Buruk!!!


 Petang ni buat appointment dengan plumber utk tukar kepala paip.
Plumber ni abg aku bg, dia penah repair paip rumah sewa abg aku bebaru ni.
Lebih pukul 3 petang, 2 org yang datang. aku tunjuk la paip kat luar yang nak tukar tu.
Buang sekali paip hitam lama yg dah bocor sekian lama.
 Pastu tetiba aku macam gatai mulut pulak tanya pasal paip sinki.
Aku nak tukar balik paip sinki yang buruk dgn pvc biru yang terjojol atas sinki (takde gambar plak)
aku nak dia buat balik jadi macam asal. Aku selamba bgtau bajet aku 150. Dia fikir-fikir pastu datang kat aku balik cakap 170 tuk semua sekali.
Oklah, bajet yang mak bg ada lagi dalam bank, kena lah pegi cucuk balik kat atm 20 lagi.

 Gambar sebelum takde, ni gambar selepas dibaiki.
Ni paip lama, tapi dah disambung balik ke dinding, tak macam sebelum ni ada paip pvc terkeluar.
Tak cukup duit punyer pasal, kena lah pakai balik paip lama.
Ini pon boleh lah, janji lain dari dulu.

Seterusnya projek aku untuk mensucikan kaunter sinki.
Aku tampal puttyfilla baru kat celah-celah tiles.
Yang lama dah kuning & hitam.
Lepas tampal puttyfilla sumer nampak seperti baru. Yeay!

Sambung Kemas 4 (Peti Ais)

Kitorang akan pindah masuk rumah pusaka bulan ni. (Jun)
Dah tak banyak masa nak kemas rumah pusaka, mana nak kemas rumah sewa lagi.
Serabut kepala....kerja aku mengemasssssss ajer!

Kali ni kitorang datang kemas utk kali terakhir.
Dah takde cat dapor lagi dah, walaupon tak siap cat lagi, terpaksa abaikan jer.
Kali ni kitorang nak setting persediaan untuk kitorang bawak pindah masuk barang-barang kitorang nanti.

Peti ais pusaka ni sebenarnya dah lama dah duk tahap kritikal.
Tapi kitorang sendiri memang tak sanggup nak jenguk, sampai lah ke saat akhir ini, terpaksa jugak kemas kalau tak time kitorang dah pindah nanti, lagi tak sanggup nak idup dgn peti ais nih.

 Seperti yang dapat disaksikan, telah ada tumbuhan dalam peti ais nih.
Itu bawang yang dah tumbuh. Benda-benda makanan lain pon tidak terkecuali dalam kondisi yang merbahaya. 
Tengok la laki aku sampai kena ikat idung dia sebab sememangnya dah berbau baeng di situ.

 
Benda-benda khazanah kat dalam ni semuanya disyaki berusia setahun ke atas. (sebelum aku bersalin)
Justeru memang tak ada satu pon yang diselamatkan.
Semuanya terus campak jadi sampah semata-mata.
Aku tak sanggup nak pegang khazanah ni semua, biar laki aku je yang buat. 
Alasan aku, nanti tangan kotor nak pegang anak payah.

Sebenarnya peti ais ni rosak. Boleh la sejuk sikit-sikit jer. Dah repair dah pon. Tapi masih tetap rosak jugak.
Fridge nih sebenarnya hadiah utk birthday mak aku, dari arwah abah. 
Brand Goldstar, beli kat kedai elektrik Rick Kee kat Kajang. Tahun bile tak tau lah, 97-98 kot time aku sekolah menengah.
So ade sentimental value di situ, makanya mak aku sanggup takmo buang.
Aku pon tak tau nak buang ke tak. Lagipun pintu dia cantik ada pattern bunga. Mesti abah beli mahal dulu nih, kalau aku memang tak mampu la nak beli peti ais lawa macam ni.
So dah settle kemas peti ais, dah murni dah. 
Tapi tak dapat nak alih kemana-mana lagi, biar je dia duk situ.
Rasa agak serabut kalau ada benda tak digunakan simpan dalam rumah, tapi nak alih ke mana pon tak tau lah pulak.