Tuesday, April 30, 2013

Kos Dekorasi Kabinet Dapur

 Sebagai rekod untuk segala perbelanjaan yang dah dikeluarkan untuk dekorasi dapur.

1. Beli Handle kat Ikea = RM55.50


2. Beli cat + sand paper + berus = RM109

3. Beli Thinner + berus + masking tape + sand paper =RM13.20

4. Hand Drill = RM45 (Tesco)

5. Drill Bit Screwdriver = +-RM 30

JUMLAH SEHINGGA KINI (Julai.2013) = RM252.70

Tuesday, April 16, 2013

Mula Mengecat

Hari Khamis lepas, kitorang mula operasi mengecat kabinet dapur.
Sampai pon dah petang, sebab singgah beli barang lah, pegi makan dulu lah.
kitorang pegi beli cat kat kedai hardware kat Seksyen 9. Beli cat + sand paper + berus abis duit RM109.
Pintu-pintu kabinet tu sumer kena sanding dulu, sebab berminyak dan habuk-habuk melekat macam gam.
Lepas sanding, barulah licin, barulah lekat cat putih nanti.
Rupa-rupanya banyak lagi pinggan mangkuk yang aku belum bawak keluar.
Tengok ha...dah la taruh kat tempat paling tinggi, macam-macam jenis ada.
Aku balutkan cooker hob dengan suratkhabar dulu. Tampal guna masking tape, tapi 
takmau lekat sangat pon sebab cooker hob tu permukaan dia berminyak. Cooker hob dah berjaman dah
rosak, tak penah berfungsi pon. kalau tanggalkan pon bagus kan?!
Mula-mula sekali, laki aku start cat pintu yang dah tertanggal, ni pintu bawah sink.
Nak try test dulu la katakan....aku tak boleh nak tolong, sebab kena tengok si Zahraa.
Terpaksa bergilir pulak buat kerja. Aku dapat tolong sanding kan pintu & tampal lubang handle lama.

Pastu, laki aku start cat kabinet yang paling tepi. 
Dia buat 2 lapis. Gambar bawah ni, yang dia dah siap cat.
Hmm...nampak macam bagus jugak dapor kaler putih ni kan?!
Aku dah boleh bayangkan betapa cantik & luasnya dapur 'baru' aku nanti!
Yeay!