Friday, March 8, 2013

Sambung Kemas

Semalam (Khamis) kitorang dapat balik ke rumah pusaka ni. dan dapatlah kitorg sambung kerja-kerja pembersihan. 2minggu lepas, aku dah start kemas dapur,buang barang tak guna. Kali ni nak cuci-cuci pulak. 

 
Kaunter dapur ni dulu ade banyak sangat barang. Penuh. Ni laki aku duk vacum najis2 
serangga + habuk + ntahapehape yang duk berkumpul atas tu. Aku tak kuasa nak sapu-sapu ke lap-lap ke sebab aku sendri gerun tengok. siap ada semacam bau menyengat idung. bahaya...

 Duk angkat-angkat periuk nak kasi clearkn kaunter dapur, maka jumpalah khazanah ni....minyak terpakai dengan pati lipas mampus 4 ekor. Euwww....

 Rupa-rupanya ada satu lagi laci aku terlupa nak kemas. Yang dulu semua laci dah kasi clear, tapi aku tak amik gambar, kali ni snap dulu siap-siap. HORROR...kesan gigitan lipas/tikus dan najis mereka penuh dalam tuh!!!! Yang mak aku pon....tulah hobi dia, kumpul semua bekas2 plastik, tapauware2 sumer....tapi gunanya idak! kumpul bg binatang gigit, buat sampah!

 Kali ni aku selongkar bekas-bekas rempah dan bahan-bahan memasak. Ni dia perencah rendang yg dah expired bulan lapan tahun lepas. (dah 6 bulan expired, ntah sejak beli dah simpan brape lama pulak?!) ni baru sikit, ade lagi rempah-rempah gulai yg expired tahun 2011 pon ada!! Aku tak tau! aku tak tau! (geleng kepala)

 Yang ni aku pegi la jenguk bilik mesin basuh / laundry room sebab nak cari mop lantai. Patutla dok berbau tengik satu rumah selama ni, rupanya nilah markas tikussss....tu dia najis tikus berselerakan bertaburan berantakan atas bekas tuh. Belah belakang dia, celah-celah barang sumer tu, pon banyak! aku jenguk dalam mesin basuh pon ada! ni sape la yg tak reti nak tutup balik mesin basuh ni, ntah-ntah tikus ada tidur cecelah dalam tuh. Ni la dia yang menyebabkan berbau sampai ke depan rumah. Serabut aku!

Satu sudut rumah yg penuh dengan khazanah. Kalau iyer ada khazanah yg berguna takpe la.
Ini kalau akau kemas bebetul nih, aku yakin aku jumpa sampah yg betul-betul sampah jer karang...

Usha balik kat dapur, laki aku suh clearkn ruang bawah sinki. Hari tu masa kenduri kawen kitorg, adalah makcik kemaskn sikit. Itu 2 tahun lepas. 
First yang aku jumpa bawah ni, kampit beras yang dah berlobang dimana beras di dalamnya abis licin dijamah dek tikus!! arghhh serdak-serdak bertaburan atas alas suratkhabar tu.
Lagi aku nak tarik lah periuk-periuk nak bawak keluar, sekali.....terkujat aku! ada cicak yang besar 2jari ni ha duk merayap bawah tu....lemah semangat aku...
Terus aku lari keluar, takmo pegi dah kat situ, aku suh laki sambung buat keje.
Maka dia pon tarik lah segala khazanah, abis kayu yg buat para tu mereput dah, pon tikus gigit jugak.
Ade satu bekas raga plastik laki aku tarik, dalam tu penuh dgn mende-mende reput semata-mata.
nak selak-selak pon tak boleh sebab semua jadi lerai, jadi berhabuk.

Bila dah keluarkan semua barang, tu...dia....sebukit habuk/debu/serdak/najis/hamjadah duk kat ujung dalam sekali. Laki aku guna penyodok nak keluarkan. Perhatikan ada botol kaca disitu, yer...mak saya suka kumpul botol kaca. katanya nak jual. Tapi ini masalahnyer, kumpul-kumpul tak pegi jual pon, simpan buat nyemak. Ini bukan jenis botol klasik yang boleh buat collection tu tau, ni sekadar botol sos, botol cencaluk, botol madu botol ntahapehape.

Malas nak citer pape tuh gambar nih. DISASTER!!

No comments:

Post a Comment