Monday, March 25, 2013

Sambung Kemas 3

Semalam punya projek, tak habis-habis kemas dapur lagi....
Sebab nanti nak mengecatkan...masih ada lagi pinggan mangkuk cawan gelas yg belum keluarkan.
Aduyai, nak menyusunnyer pon letih aku. Banyak yang tak guna pon.
Setakat simpan situ jer. Peram cawan gelas tak jadi apa.

Tugas laki aku adalah mencabut handle kabinet lama.

Nah, banyak nih handle klasik dan suram nih. (3 lapis susun)
Aku pon dah ikut perangai mak aku, pegi simpan susun bebaik lak dia.
Patutnyer buang jer la, iyer dak? 
Simpan pon macam lah boleh buat duit, ada ke yg nak beli? hahahah







Mari kita test tengok, 'kena' ke tak kat pintu kabinet dapur kita nih?? hm....
Dah la besar dr handle lama. Satu  keje la pulak nanti nak tampal lobang lah, drill lobang baru lah....adeh...









Close up sket....---------->
Boleh kot....bayangkan pintu kabinet kaler putih....
Boleh ...boleh....
Masa tengah test nih, aku perasan kaler handle ni berubah pada angle yang berbeza. 
Kalau aku bergerak ke kiri/ kanan dr position ni, kaler hijau dia tu akan nampak gelap.
Jadi, mungkin kalau dah siap semua nanti, setiap kali aku berjalan dalam dapur ni, mungkin aku dpt tgk kaler hijau yang cecantik jer keliling aku. hehehe

No comments:

Post a Comment